Apa yang anda tahu tentang PALAPES? ROTU ke? Perkataan PALAPES tersangat sinonim dengan sesiapa yang belajar di university tempatan. PALAPES ini ringkasan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau dalam bahasa orang putihnya ROTU yang membawa maksud Reserve Officer Training Unit. Biasanya budak-budak palapes ni akan lebih gemar menggunakan perkataan Rotu dari palapes. Hidup sebagai seorang pelajar dan kadet sangat mencabar. Perlu pandai menuruti atau membahagi jadual hidup yang mana kehidupan sebagai budak rotu tidak akan sama dengan budak awam.
Budak palapes mana boleh nanges. Palapes kan kuat. Tapi ramai orang tak sedar, palapes itu manusia juga. Palapes bukan anggota komando yang hatinya kering. Ada yang kata, palapes tak kan lah nanges, palapes kan hati kering. Allah. Teruk sangat kah budak-budak palapes ni sampai dicop hati kering. Kuat sangatkah budak-budak palapes ini? Fizikalnya mungkin Nampak hebat dan kuat, tapi hati kami ini tetap milik Allah.
Semasa latihan tahunan, lanjutan dan tempatan, macam-macam kami lalui, kami terpaksa hadapi. Malam-malam pelbagai rempah ratus yang kami terpaksa gauli sepanjang bergelar budak rotu. Ya, berilah apa sahaja yang tuan mampu, walau badan sudah tidak terdaya bergerak, lidah sudah tidak mampu terucap ‘penat’, mata sudah tidak mampu membuka, peluh sudah tidak mahu berhenti dari keluar dari jasad. Aku mampu, kami mampu. Kerana kami dilatih untuk itu. Kami dilatih untuk kuat. Selagi kami diberi berdasarkan sebab kesalahan kami, tidak melanggar syariat tuhan kami, kami kuat. Tidak tidur lebih 26 jam juga kami mampu. Tatapi, jika ada arahan tuan yang melanggar syariat tuhan, sungguh, aku paling lemah walhal aku tidak pernah menangis disaat yang lainnya menangis teresak-esak menahan sakitnya diri termasuk yang lelaki. Disaat yang lain lidahnya sudah maki-memaki, lidah aku masih berzikir pada ilahi. Saat mata yang lain pandang membenci, mata aku pandang dengan penuh simpati kepada yang memberi. Saat yang lain bibirnya terkunci rapat menahan sakitnya diri, bibir aku masih menguntumkan senyuman sehingga aku digelar sudah gila pada waktu itu. Cuma aku yang senyum sedang yang lain menangis.
Aku tidak mahu kalah kepada yang batil kerana aku pada yang hak. Namun, selepas daripada itu, akulah yang paling lemah. Tersungkur dibumi Allah. Saat yang lainnya sudah menarik lafas lega kerana sudah terlepas daripada siksa, hatiku masih terpenjara. Allah, sampai bila perkara ini akan berakhir, apakah adik-adik ku nanti yang berada dijalan ini akan menghadapi apa yang aku hadapi. Kuatkan aku, kuatkan kami, kuatkan mereka untuk tetap menjadi muslim yang sejati.
Palapes ini mencabar, tapi semua orang boleh menjadi palapes. Palapes ini hebat, semua orang boleh jadi hebat. Ramai palapes yang berdisiplin, menurut perintah tuan, kawad itu seragam pergerakan. Namun, berapa ramai palapes yang bertaqwa? Palapes sanggup bangun pagi-pagi untuk turun PT, tapi berapa ramai palapes yang bangun untuk subuh berjemaah? Palapes sanggup tahan stay up untuk sesuatu aktiviti yang sememangnya kita tidak suka untuk hadapi, namun berapa ramai yang sanggup stay up untuk beraktiviti dengan Allah? Palapes suka berpakaian kemas untuk outing, namun berapa ramai palapes yang sanggup berkemas-kemas untuk berdating dengan Allah.
Membawa tarbiyah dalam kehidupan sebagai palapes itu sangat mencabar. Palapes yang tak ditarbiyah tidak sama seperti seorang palapes yang ditarbiyah. Pandangan mereka yang sudah terima tarbiyah ini berbeza dari pandangan orang lain. Kita kata tidak mahu, mereka kata kita poyo. Kita kata tidak boleh, mereka kata kita skema. Jangan marah mereka kerana mereka tidak menyebelahi kita, mereka tidak tahu. Walhal kita beritahu berjuta kali sekalipun, mereka tidak tahu. Mungkin mereka tahu, tapi mereka tidak sedar. Sedarkah kita, bahawa kita dahulu seperti mereka? Jangan marah mereka, doakan mereka.
Jika dahulu masuk palapes, tujuannya apa? Ramai yang jawab, saya hendak belajar ilmu perang kerana saya hendak berjihad dijalan Allah. Saya boleh pergi bantu mereka yang sedang bergolak mengangkat senjata. Tetapi hasil didikan yang diterima, sudah tentu tidak terjangka dek akal.
Palapes perlu ditarbiyahkan, bukan kita ditarbiyahkan oleh palapes. Jika kita mampu tarbiyahkan palapes, insya allah, kita lahir sebagai leftenan muda yang telah mendapat tarbiyah. Ramai tauliah dengan gelaran Leftenan Muda Bertauliah, tetapi berapa ramai Leftenan Muda yang Bertarbiyah? Jika tauliah bersama tarbiyah, in sya allah tiada istilah 'balas dendam' dan mengherdik dalam mendidik, tiada 'memperlekeh' dalam melatih.
Ramai golongan yang telah ditarbiyahkan, tetapi dia bukan palapes. Ramai palapes, tapi mereka tidak ditarbiyahkan. Maka, jadilah palapes yang telah terima tarbiyah, itu satu kelebihan. Membuktikan kepada mereka diluar sana bahawa, geng-geng islamic dan muslimah ini juga mampu seiring bergerak bersama.
Hidup dalam beruniform ini kadangkala perasaan bangga diri akan terbit, maka rendahkan hati dengan hasil tarbiyah. Kadangkala terpaksa berjalan dengan bangga, maka rendahkan diri dengan hasil tarbiyah.
Palapes perlu ditarbiyahkan, bukan kita ditarbiyahkan oleh palapes. Jika kita mampu tarbiyahkan palapes, insya allah, kita lahir sebagai leftenan muda yang telah mendapat tarbiyah. Ramai tauliah dengan gelaran Leftenan Muda Bertauliah, tetapi berapa ramai Leftenan Muda yang Bertarbiyah? Jika tauliah bersama tarbiyah, in sya allah tiada istilah 'balas dendam' dan mengherdik dalam mendidik, tiada 'memperlekeh' dalam melatih.
Ramai golongan yang telah ditarbiyahkan, tetapi dia bukan palapes. Ramai palapes, tapi mereka tidak ditarbiyahkan. Maka, jadilah palapes yang telah terima tarbiyah, itu satu kelebihan. Membuktikan kepada mereka diluar sana bahawa, geng-geng islamic dan muslimah ini juga mampu seiring bergerak bersama.
Hidup dalam beruniform ini kadangkala perasaan bangga diri akan terbit, maka rendahkan hati dengan hasil tarbiyah. Kadangkala terpaksa berjalan dengan bangga, maka rendahkan diri dengan hasil tarbiyah.
Pesan diri buat adik-adik yang masih berbaki untuk berbakti, atau mungkin buat adik-adik yang berminat untuk masuk palapes ini. Teruskan. Ilmu allah itu luas. Jika mempunyai cita-cita untuk berjihad, inilah medan ilmu untuk digali. Jika putus asa, ingat kembali tujuan sebenar kita masuk palapes untuk apa. Palapes itu alat, Allah itu matlamat. Jangan jadikan Allah itu sebagai alat, palapes itu matlamat. Buruk padahnya. Jika meletakkan palapes sebagai matlamat, kita hanya kejar duit-duit dan duit. Palapes ini hidupnya berada, hujung sem duit sentiasa ada. Palapes hanya alat untuk mencapai matlamat. Segala apa yang kita buat dalam palapes, sentiasalah kaitkan dengan Allah. Untuk apa kita buat? Kerana Allah.
Bergelar sebagai palapes muslimah yang sentiasa menjaga maruah bukan perkara mudah. Sentiasalah tabah, sesungguhnya Allah bersama kita. Matlamat tidak menghalalkan cara. Ada perkara perlu kita turut, ada perkara perlu kita tolak. Menurut arahan tuan perlu menurut syariat tuhan. Be tough. Kita jangan kalah pada masalah, tapi hadapi masalah dengan mengalahkan masalah.
Allah kan ada [senyum]
Palapes dan tarbiyah perlu seiring.
Tarbiyahkan PALAPES, bukan ditarbiyahkan oleh PALAPES
Allah kan ada [senyum]
Palapes dan tarbiyah perlu seiring.
Tarbiyahkan PALAPES, bukan ditarbiyahkan oleh PALAPES
Comments
Post a Comment